Pages

Sabtu, 28 Mei 2016

PERTANYAAN MALAIKAT DI DALAM KUBUR

PERTANYAAN MALAIKAT DI DALAM KUBUR
.
Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.

Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku

Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu din. Islam agamaku

Tanya : Ma Imamuka? Apa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku

Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku

Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku..

Jawabannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?

Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gementaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.

DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG

DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG

Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang?

Tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Semua orang boleh dan semua orang tahu menunaikan atau mengerjakan rukun sembahyang (rukun 13) dengan taat.

Sayangnya, tidak ramai di kalangan kita yang tahu mengerjakan sembahyang. Perkara mengerjakan sembahyang dengan perkara mengerjakan rukun 13 sembahyang itu, adalah suatu perkara yang berbeza dan suatu perkara yang berlainan (sembahyang dengan rukun sembahyang itu berbeza).

Perkara sembahyang dan perkara rukun sembahyang, akan kita bicarakan pada tajuk di bawah nanti. Dalam bab ini, mari kita tumpukan perhatian kepada perkara, siapakah yang sebenar-benar bersolat?

Perlu diingatkan di sini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang?

Untuk menentukan siapakah yang bersolat, hendaklah kita mempelajari terlebih dahulu perkara seperti berikut:

1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat atau fardu sebelum fardu)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardu di dalam fardu)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardu sesudah fardu)

Sesudah kita benar-benar tahu akan ketiga-tiga perkara di atas, barulah boleh dikatakan yang kita ini benar-benar sembahyang.

Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran ilmu ini bersama saya.

Pelayaran melalui bahtera makrifat itu, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam.

Gelora fitnah di lautan ilmu makrifat ini, selalunya tidak pernah sepi. Namun, barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh mari kita sama-sama mengembara.

Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, terlebih dahulu saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada tuan-tuan, siapakah yang bersolat sebelum kita solat?

Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang? Bolehkah solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?

Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”?

Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan, sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang?

Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang? Cuba jawab dengan ikhlas, bolehkah kaki kita ini berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah S.W.T?

Bolehkah kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah S.W.T?

Bolehkah kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah S.W.T?

Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah.

Adakah kuasa sembahyang itu, kita? Adakah yang memulai sembahyang itu, kita? Adakah yang rukuk itu, kita? Adakah yang sujud itu, kita? Cuba jawab, mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita?

Jika tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak bermula dengan kudrat dan iradat Allah. Jika tidak dengan kehendak, kemahuan dan cita rasa kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?

Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Luh Mahfuz.

Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sebenarnya kita telah pun didirikan oleh Allah S.W.T untuk bersembahyang.

Berdirinya kita untuk bersembahyang, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah S.W.T dirikan. Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan sembahyang, semasa di dalam kitab Luh Hul Mahfuz.

Allah S.W.T telah terlebih dahulu mendirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan, Allah S.W.T sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi.

Jika tidak ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Luh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang.

Pekerjaan sembahyang yang kita laksanakan itu, adalah pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh Allah S.W.T, sedari di alam Luh Hul Mahfuz.

Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita. Kita hanya mengikut garis yang telah Allah S.W.T tetapkan sedari dahulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah ditetapkan olehNya.

Kita hanya ikut apa yang sudah Allah S.W.T tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab Luh Hul Mahfuz.

Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkan semula skrip yang telah disiapkan oleh Allah S.W.T. Kita seolah-olah melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain.

Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya? Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu, kita? Cuba jawab.

Kuasa kaki untuk berdiri sembahyang milik orang. Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang. Yang menggerakkan solat, milik orang.

Setelah semua seisi solat itu, milik orang, mana yang dikatakan bersolat itu kita. Cuba jawab?

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua, adakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada?

Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah S.W.T? Bilamana Allah S.W.T bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud?

Menduakan sifat Allah S.W.T itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah S.W.T, dosanya tidak akan diampun olehNya?

Sekiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang mengerjakan sembahyang? Hendak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah S.W.T.

Hendak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa? Hendak kata ada, salah dan hendak kata tidak ada pun salah. Hendak kata ada, seperti tidak ada dan hendak kata tidak ada, seperti ada.

Bagaimanakah kesudahannya pegangan kita? Adakah kita perlu beriktikad seperti mana biskut Chipmore, sekejap ada dan sekejap tidak ada? Cuba jawab.

Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada? Apakah yang ada itu, kita atau yang ada itu Allah S.W.T ataupun kedua-duanya dan adakah sekejap ada kita atau sekejap ada Allah S.W.T?

Siapakah yang hendak mengerjakan sembahyang, sekiranya diri kita sudah tidak ada? Sekiranya tidak ada, ke mana perginya diri kita?

Sekiranya kita mengaku bahawa diri kita ada dan Allah S.W.T juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah S.W.T. Di mana tempat duduknya iktikad kita? Beriktikad itu, biarlah putus. Jangan main sekejap ada sekejap tidak ada.

Bagi mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan mengunakan anggota kaki. Sekiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri? Siapakah pemilik anggota kaki kita?.

Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita, cuba jawab?

Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri? Cuba jawab. Tentu tuan-tuan takut hendak menjawab bahawasanya kaki itu, kaki Allah S.W.T.

Mana mungkin Allah S.W.T ada kaki? Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah S.W.T, kaki siapakah yang kita pakai? Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, bagaimana pula dengan anggota-anggota kita yang lain.

Apakah masih ada lagi kepunyaan kita? Jika anggota itu bukan kepunyaan dan bukan milik kita, siapakah yang berdiri untuk bersolat? Kaki siapa, tangan siapa dan tubuh siapa yang bersolat?

Sebelum, semasa dan sesudah itu, tidak sedikitpun tubuh kita ini milik kita, melainkan segalanya milik Allah. Setelah segalanya milik Allah, jadi siapakah yang bersolat?

Inilah yang hendak kita perhatikan, hendak kita tilik dan hendak kita amati betul-betul sebelum mengerjakan solat, supaya solat kita itu dikerjakan dengan kaedah yang betul (benar), tidak salah atau dikerjakan dengan cara sebenar-benar mengikut yang dikehendaki oleh solat, bukan hanya sekadar mengerjakan perbuatan sembahyang (mengerjakan perbuatan rukun 13).

Mari saya sebut lagi sekali, sekiranya segala anggota tubuh badan (diri) kita ini adalah hak kepunyaan Allah dan hak milik Allah, apakah lagi yang berbaki untuk kita, yang tersisa dan yang tertinggal untuk kita?

Di sini bererti bahawa segala jasad tubuh badan kita ini, adalah milik Allah, sekiranya segalanya milik Allah, bererti sebesar zarah sekalipun, tidak ada hak kita, tidak ada milik kita dan tidak ada kepunyaan kita.

Dengan itu, saya berseru kepada semua muslimin dan muslimat yang di luar sana, agar insaflah, sedarlah dan percayalah dengan sebenar-benar yakin bahawa sebenar-benar diri, sebenar-benar milik kita, kepunyaan kita itu, sebenarnya tidak ada.

Yang ada, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah, hanya Allah dan hanya Allah.

Bahawa sesungguhnya wal awallu, wal akhiru, wal zahiru dan wal batinu itu, adalah Allah. Setelah segalanya telah kembali kepada Allah, manakah lagi adanya diri kita?

Itulah sebabnya yang dikatakan berdiri kiam semasa berdiri solat itu, adalah dikatakan berdiri kiam (berdiri mati). Kiam itu, adalah bererti mati. Bila saja kita berdiri solat, itu adalah bererti kita berdiri mati atau bermaksud kita mati.

Semasa berdiri untuk bersolat itu, bererti diri kita sudah mati, iaitu hendaklah dimatikan diri kita atau diserah kembali diri kita kepada Allah.

Setelah segalanya telah kita serah kepada Allah, itulah yang dimaksudkan dengan perkataan kiam (mati). Kiamkan dirimu di kala bersolat itu, adalah bererti hendaklah kita matikan diri di kala bersolat.

Setelah kita berdiri kiam atau berdiri mati, mana mungkin ada lagi gerak kita. Seandainya kita masih mengaku kita yang bergerak (mengerjakan solat), bererti kita masih hidup, sedangkan makna, maksud atau erti perkara berdiri kiam itu, adalah merujuk kepada maksud “berdiri mati”.

Bilamana berdiri mati, bererti kita mati, setelah kita mati, jadilah segala perbuatan solat itu, bukan lagi dikatakan kita, melainkan segalanya adalah kudrat dan iradat Allah. Untuk lebih jelas, mari kita ikuti bab di bawah.

RUKUN DAN HUKUM SEMBAHYANG

Selain dari rukun 13, sembahyang itu ada hukumnya. Hukum sembahyang itu ada 3 perkara, iaitu seperti berikut:

1) Hukum Fekli
2) Hukum Qauli
3) Hukum Qalbi

Di sini tidak bertujuan untuk kita membicarakan soal rukun 13, kerana rata-rata di antara kita kebanyakannya sudah maklum dan sudah mengerti perkara rukun 13.

Mari kita guna ruangan yang terhad ini, untuk memberi lorong kepada “hukum sembahyang” dalam tafsiran ilmu makrifat.

1) Hukum Fekli

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum fekli?

Jawapan:

Makna, maksud atau eri hukum fekli itu, adalah perkara “perbuatan” dalam solat. Persoalan perbuatan atau gerak geri dalam sembahyang itu, semua orang tahu dan semua orang mengerti untuk melakukannya.

Seumpama berdiri, takbir, rukuk, sujud dan sebagainya itu, adalah dikenali sebagai perbuatan sembahyang. Apa yang kita lakukan di ketika bersolat itu, itulah yang dikatakan hukum fekli atau perbuatan sembahyang.

Perbuatan sembahyang itu, adalah suatu perbuatan atau pekerjaan gerak tubuh yang boleh dilakukan oleh siapa sahaja, tidak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, oleh bangsa lain atau yang boleh dilakukan oleh agama-agama lain.

Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.

2) Hukum Qauli

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum qauli?

Jawapan:

Hukum qauli itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti bacaan, iaitu bacaan surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quran. Barang siapa yang hafal surah Al-Fatihah, sekalipun surah-surah lazim, ianya sudah memadai untuk dibuat sembahyang.

Dihafal bacaan rukuk, iktidal, sujud, antara dua sujud, tahayat dan salam, ianya sudah memadai untuk dibaca ketika dalam bersolat. Jika boleh diberi markah, boleh dikatakan semua di antara kita lulus dengan markah 100 persen.

3) Hukum Qalbi

Soalan:

Apakah maksud, erti dan makna hukum qalbi?

Jawapan:

Hukum qalbi itu, adalah bererti, bermakna dan bermaksud bahawa solat itu bukan sahaja tertakluk kepada perbuatan dari anggota tubuh atau bacaan dari anggota bibir sahaja.

Bersolat (bersembahyang) dengan hukum qalbi itu, adalah bersembahyang yang berserta dengan perbuatan batin dan bacaan batin.

Berniat dengan batin (rohani), berdiri dengan batin (rohani), bertakbir dengan batin (rohani), rukuk dan sujud dengan batin (rohani).

Perbuatan (pergerakan) zahir itu, hendaklah juga berserta, bersama dan bergandingan dengan perbuatan (pergerakan) batin (perbuatan rohani).

Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan mulut rohani, tangan rohani dan manakah yang dikatakan kaki rohani? Manakah yang dikatakan perbuatan atau pergerakan rohani?

Soalan:

Hukum qalbi itu, terbahagi kepada berapa peringkat?

Jawapan:

Hukum qalbi itu, terbahagi kepada tujuh peringkat, tujuh bahagian atau tujuh tangga. Bahagian, peringkat atau tangga itu, adalah terdiri daripada perkara:

1) Qosad
2) Taaaruf
3) Takyin
4) Ehram
5) Mikraj
6) Munajat
7) Tabdi

Bersambung...

Apakah Itu Zikir Nafas?

Apakah Itu Zikir Nafas?

Kepada yang bertanya…

Di sini inginlah saya memperjelaskan bahawa maksud, erti atau makna zikir nafas itu, adalah zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Adapun zikir yang tidak berhuruf dan bersuara itu, adalah zikir yang tidak menggunakan bibir mulut dan tidak menggunakan buah tasbih.

Namun, sebelum itu, tuan-tuan kena faham dulu, apakah itu makna, maksud atau erti zikir. Adapun maksud perkataan zikir itu adalah dalam bahasa Arab. Bilamana diMelayukan ianya bermaksud “Ingat”. Zikir dalam bahasa arab, manakala dalam bahasa Melayu pula ertinya “ingat”.

Sekarang kita jangan jadi Arab, mari kita jadi Melayu atau jadi Indon. Kita belajar ilmu bukan nak jadi Arab, tetapi mari kita belajar supaya jadi kita (Melayu atau Indon). Matikan bunyi-bunyi Arab.

Kalau diMelayukan makna zikir itu ingat. Sekarang mari kita sebut perkataan ingat jangan lagi kita sebut perkataan zikir. Kalau kita sebut zikir nanti kita hanya ingat buah tasbih.

Bagaimana untuk ingat kepada Allah dengan tidak berhuruf dan bersuara. Tidakkah Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Seharusnya juga ingat kepada Allah itu, sepantasnya juga dengan cara tidak berhuruf dan bersuara. iaitu dengan cara:

“Ingat kepada nafas kita yang turun naik”

Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir (ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang ingat kepada Allah, walaupun kita dalam keadaan tidur atau dalam keadaan kita lupa.

Memandangkan tuan hanya tanya tentang zikir, maka saya hanya menjawab tentang zikir. Memandangkan tuan tidak bertanya tentang apakah maksud, erti atau makna nafas yang turun naik, makanya saya hanya jawab setakat zikir sahaja. Untuk mengetahui apakah itu nafas yang turun naik, kita cerita di lain hari.

Jika tuan berkehendak kepada apakah itu maksud nafas yang turun naik, kita jumpa di lain masa dan lain waktu.

Siapakah nafas kita yang turun dan naik setiap detik itu?

Nak Khusyuk Solat? Nak Ingat Allah?

Nak Khusyuk Solat? Nak Ingat Allah?

Barang siapa yang berhajat kepada solatnya khusyuk dan barang siapa yang berhajat nak ingat Allah, syarat dan petuanya amat-amat mudah, iaitu kena kenal Allah.

Bila kenal Allah, baru datangnya khusyuk, zuk, tawaduk, limpah, lazat, ikhlas, redha dan sebagainya. Jika tidak kenal Allah, mana mungkin datangnya semua itu, melainkan tipu, tipu, tipu dan tipu!

Pembohong bagi sesiapa yang mengaku khusyuk kalau belum kenal Allah. Hendak mengenal Allah, bacalah kitab-kitab Tok Kenali dan lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari.

Biar orang tuduh sesat, biar orang tuduh haram, asal kita dapat berjumpa Allah. Orang yang tuduh sesat itu adalah kerana mereka belum jumpa, kalau dah jumpa maka tidaklah timbulnya sesat.

Oleh itu, jangan tuduh sesat kalau belum jumpa, tuduhan sesat itu adalah bagi mereka-mereka yang belum jumpa.

Jika tuan-tuan hendak mengenal Allah, bacalah kitab-kitab Tok Kenali dan lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari.

Kalau dah sesat sangat Hj. Shaari itu, tuan-tuan kutip isi-isi ilmu yang tak sesat, bakar mana yang haram dan kutiplah yang tidak haram.

Rakyat kita itu adalah rakyat yang suka menghukum sebelum membaca. Baca dua baris dah mula tuduh makrifat itu sesat dan tuduh makrifat itu haram,

Kalau betullah Makrifat Tok Kenali itu sesat atau haram, tunjukkan mana makrifat yang betul dan nyatakan mana makrifat yang benar?

Yang menuduh ajaran makrifat Tok Kenali itu sesat, silalah tuan-tuan tunjukkan mana sebenar-benar solat, mana sebenar-benar mengenal diri dan mana sebenar-benar mengenal Allah?

Yang mengaku tidak sesat dan yang mengaku tidak salah itu, cuba tunjukkan jalan benar bagaimana hendak mengenal Allah yang sebenar-benar Allah?

Allah itu bukan hanya nama, mana tuan yang empunya nama? Kalau boleh, silalah yang mendakwa tidak sesat itu tunjukkan? Melainkan hanya melalui ilmu makrifat sajalah tuan-tuan akan dapat mengenal Allah Taala.

Oleh itu, baca dan rujuklah kitab-kitab Tok Kenali, ambillah yang jernih dan buangkan yang keruh.

Semoga tuan-tuan akan dapat mengenal Allah Taala yang sebenar Allah iaitu Allah yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara.

Apa Bezanya makrifat Tok Kenali dgn Makrifat lain?

Apa Bezanya makrifat Tok Kenali dgn Makrifat lain?

Tuan-tuan dan puan-puan yang drahmati Allah sekalian. Sebenarnya makna dan erti makrifat itu, adalah bermaksud mengenal. Manakala makrrifatullah pula, adalah bermaksdud mengenal Allah.

Makrifat dari segi makna, erti dan maksud, ianya adalah sama, yang berlainannya diantara makrifat Tok kenali dengan makrifat guru-guru lain itu, adalah samaada makrifat (mengenal) yang diajar itu sampai kepada tahap benar-benar mengenal atau tidak!.

Ramai orang dan ramai diantara guru yang mengelar dirinya seorang guru makrifat, tetapi pada kebanyakkan atau yang menjadi masaalahnya sekarang ini, ramai yang tidak mengenal Allah dengan sebenar-benar mengenal!. Mengaku guru makrifat (mengenal Allah) tetapi tidak mengenal Allah.

Ramai yang ingin bercakap tentang mkrifat, tetapi ternyata diri guru yang bercakap makrifat itu, sebenarnya ternyata masih duduk dalam ilmu feqah. (bercakap makrifat tetapi duduk dalam syariaat), inilah kebanyakkan guru yang kita jumpa sekarang.

Soal: Bagaimana Cara Untuk Mengenal Guru Makrifat Yang Sebena-benar Mengenal Allah?.

Jawab:

1) Cara untuk mengenal guru yang sbenar-benar mengenal makrifat atau sebenar-benar guru megenal Allah itu, adalah bilamana seorang guru itu,  gaya, kaedah atau jalan ceritanya adalah sama dengan guru-guru makrifat yang lain. Iaitu tidak sedikitpun bercanggah seorang guru makrifat dengan guru makrifat yang lain!.

2) Untuk mengukur, megetahui atau untuk mengenal samaada ianya seorang guru makrifat yang benar atau tidak, tuan-tuan boleh lihat cara beliau berceramah atau berdakwah, lihat apakah bicaranya samaada menuju kepada berserah diri kepada Allah atau tidak!.

Guru makrifat sebenar, kaedah berceritanya hanya tertuju, tertumpu dan mengarah kepada menafikan keberadaan diri. Diri sebenar kita itu, adalah mati, binasa dan sebenar diri kita itu, adalah tidak ada dan mati sebelum mati (Al mutu kablaan Tamautu). Guru yang sebenar-benar makrifat itu, adalah guru yang hanya tahu bercerita tentang ilmu mati, bukan bercerita tentang ilmu hidup.

Untuk membezakan antara guru makrifat dengan guru makrifat itu, tuan-tuan boleh nilai atau tuan-tuan boleh lihat,

3) Kiranya guru itu masih berkehendak kepada pahala dari amalnya, itu tandanya guru syariaat atau guru feqah. Iaitu masih mengajar ilmu syurga, ilmu pahala, ilmu ganjaran dan ilmu balasan dihari kemudian itu, adalah petanda guru itu guru feqah (guru syariaat).

Seumpama dalam perkara ibadah. Guru yang tidak mengenal Allah atau guru yang bukan dari kalangan makrifatullah, ilmu yang diajar itu, pastinya ilmu yang hanya berkehendak kepada syurga, pahala,  ganjaran serta balasan nikmat Allah.

Seumpama berzikir, berzikit guru yang bukan dari kalangan orang makrifat itu, pastinya berzikir (ingat  kepada Allah) itu, berkehendak kepada jumlah bilangan. Samaada 11 ribu, 44 ribu dan 100 ribu sehari semalam.

Contoh ajaran ilmu dari guru makrifat;

4) Adapun zikir (ingat) kepda Allah bagi guru orang makrifat pula, tidak berkehendak kepada jumlah atau bilangan.

Perkataan zikir itu, adalah bahasa Arab. Bilamana diterjemahkan kedalam bahasa  Melayu, zikir itu adalah bererti, makna atau maksudnya ingat. Guru makrifat yang sebenar sampai kepada makam makrifat itu, adalah guru yang tidak mengalakkan muridnya berzikir (ingat kepada Allah) dengan berlandaskan jumlah, kiraan,  bilangan atau hitungan buah tasbih.

5) Sebenar guru makrifat itu, adalah guru yang mengajara ingat kepada Allah itu, hendaklah diketika berdiri, duduk atau baring (tidur), yang tidak mengikut hitungan buah tasbih. Ini sebagai contoh sahaja, bagi menjelaskan perbezaan diantara guru makrifat dengan guru yang bukan dari kalangan makrifat!.

6) Guru yang bukan dari kalangan orang makriaft itu, adalah guru kepada orang hidup, manakala guru orang makrifat itu, adalah guru kepada orang yang mati! (Mati sebelum mati). Itulah bezany antara guru makrifat dengan yang bukan makrifat!

7) Guru yang bukan makrifat itu, adalah guru yang hanya mengajar perkara-perkara yang menghitung pahala dan menghitung ganjaran syurga. Manakala guru makrifat pula, berpandangan bahawa yang mengerakkan kita beribadah, alim, rajin, taat, patuh dan sujud kepada allah itu, adalah dari kehendak Allah sendiri, bukannya hasil dari jerik, penat, lelah atau kemampuan kita.

8) Guru makrifat tidak mengajar supaya begantung kepada amal!. Sedangkan amal itu sendiri adalah milik Allah, bukannya milik peribadi kita!. Jika Allah tidak berkehendak supaya kita berdiri, masakan kita boleh bediri sembahyang?.

9) Guru makrifat beranggapan bahawa segala syurga atau neraka itu, adalah nikmat pemberian Allah kepada kita, bukannya boleh dipilih, dijangga atau didapati mengikut kehendak kita. Itu hak Allah yang akan hanya diberi kepada sesiapa yang dikehenaki Allah. Syurga atau pahala itu, bukan hak peribadi kita, kerana ibadah yang kita kerjakan itu, bukan atas daya upaya kita, jika tidak dikehendai Allah. Masakan kita boleh minta upah dari kerja orang. Masakana orang lain yang bekerja kita pula yang nak minta upah. Inilah yang diajar oleh guru makrifat.

10) Bilamana diri kita sudah mati, masakan kita boleh lagi bergerak untuk beramal?. Sebenar-benar diri kita itu, sebenarnya sudah mati sebelum mati. Sekiranya kita sudah mati, masakan kita boleh bekerja untuk melakukan ibadah dan apakah orang mati boleh bekerja dan apa lagi untuk minta upah?.

11) Guru makrifat itu, adalah seorang guru yang mati (orang yang mati sebelum mati). Ilmu yang mereka ajar itupun juga adalah berupa ilmu kepada yang mati (mati sbelum mati). Orang yang mati sebelum mati itu, adalah orang berserah diri secara total kepada Allah Taala.

Tauhid Jalan Kebahagiaan, Keselamatan dan Keberkahan Hidup.

ALLAH SWT
(Sumber iman, ilmu,amal)

Tauhid Jalan Kebahagiaan, Keselamatan dan Keberkahan Hidup.

Taatlah Kita Pada Allah dan Taatlah Pada Rasulallah Saw.

Yang Diakui Allah SWT. Kita Ingin Masuk Sorga Selamatlah Dunia dan Berbuat Kebaikan Hadirkanlah Petunjuk Bagi kami Semua

FAHAM FAHAM DAN FAHAM BETUL
Mensucikan diri dan Memuliakan diri kita Sendiri
Dengan Beriman dan Ibadah Melaksanakan Perintah dan
Meninggalkan Segala Larangannya Keselamatan Dunia dan AKherat.

Untuk Inilah Tujuan Hidup Dalam Kehidupan Kita masing Masing Kepada ALLah Swt dan Rasulallah Saw
Inilah Tujuan Beragama Untuk Menamamkkan Tahuhid Diri
AKAL SEHAT Dan PIKIRAN dan HATI BERIMAN Pada ALLAH

Alif laam miim.
Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.

Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.

Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
(Terjemahan Surat Al-Baqarah 2 :1-7 )

Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada para sahabatnya.
"Hendaklah kalian merasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
" Para sahabat menimpali, "Alhamdulillah, kami sudah merasa malu kepada Allah, ya Rasul."

Rasul lalu menyatakan, "Tidak, kalian belum merasa malu. Orang yang betul-betul merasa malu di hadapan Allah hendaklah menjaga kepala berikut isinya (pikiran positif), menjaga perut berikut isinya (makanan dan minuman yang halal dan thayib), dan mengingat mati serta musibah.

Siapa yang menginginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang sudah melakukan itu semua, berarti telah betul-betul memiliki rasa malu." (HR Tirmidzi).

Kedua, bersyukur karena ia merupakan kunci peningkatan rezeki. Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah, syukur merupakan pujian dan pengakuan hamba terhadap nikmat Allah yang disertai rasa cinta dan ketaatan kepada-Nya. (QS Ibrahim [14]: 7).

Ketiga, tutur kata dan komunikasi yang baik (al-kalam al-thayyib). Hal ini merupakan kunci terbukanya hati dan pikiran. Komunikasi dan tutur kata yang baik adalah sedekah. Sedekah yang paling ringan dan mudah adalah memberi senyuman kepada sesama.

"Maukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan,
maka kalian akan dapat saling mencintai?

Nabi SAW bersabda:
‘Tebarkanlah salam di antara kalian’.” (HR Muslim).

Keempat, berbakti kepada kedua orang tua. Sikap ini merupakan kunci keridhaan dan kesuksesan hidup. Keridhaan dan doa orang tua merupakan pintu masuk segala kebaikan dan keberkahan hidup.

Kelima, menghiasi diri dengan sifat qanaah (merasa berkecukupan). Sifat ini merupakan kunci kekayaan. Orang yang bersifat qanaah tidak akan serakah dan egois sehingga ia tidak mudah tergoda oleh kekayaan duniawi.

Keenam, konsisten dan teguh pendirian (al-mudawamah wa al-istiqamah) dalam berdoa. Doa adalah kunci segala kebaikan dan ketenteraman jiwa. Doa adalah kekuatan dan energi spiritual hamba kepada Allah. Dengan doa, seorang Muslim mengembalikan segala persoalan kepada Allah SWT.

Kunci semua itu adalah aktualisasi iman, ilmu, amal, dan takwa sebagai modal spiritual dan kendaraan keberkahan hidup. Jika keduanya diaktualisasikan dengan baik, niscaya janji Allah pasti akan dipenuhi. (QS al-A'raf [7]: 96).

Meraih hidup penuh berkah harus senantiasa mendekatkan diri kepada-Nya

Adalah awal agama mengenal ALLAH SWT

BISMILLAH semoga bermanfaat
* AWALUDIN MAK'RIFATULLAH *
Adalah awal agama mengenal ALLAH SWT

Ianya suatu perkara yang wajib sebelum kita melaksanakan kewjiban sholat dan semua rukun islam, agar kita benar2 tau dan kenal siapa yang kita sembah.

Supaya kita dapat mencapai iklas tanpa pamrih di setiap mengerjakan amal ibadah, agar kita sentiasa bersyukur serta sabar mengharungi arus kehidupan ini, agar tercapai ketenangan dan ketentraman dalam hati sehingga jiwa kita selalu di rahmati ALLAH SWT.

Kita semua tau, bahwa rukun iman yang pertama adalah beriman ke pada ALLAH SWT maka dari itu wajib bagi kita mak'rifatullah/mengenal ALLAH SWT

Jangan mau kita di perbodohkan oleh perkataan orang, bahwa untuk sampai pada mak'rifat kita harus melalui tahap syari'at, tarikat, hakikat, barulah mak'rifat dan untuk mencapai mak'rifat sangat sulit, hanya para nabi dan wali yang bisa sampai mak'rifat, kita orang biasa tidak bisa MAK'RIFATULLAH/mengenal ALLAH (ini adalah suatu kebohongan belaka)

Bila memang benar mak'rifat atau mengenal Allah itu sulit/susah, jadi buat apa mengaku Muslim dan menganut ajaran agama Islam, lebih baik menyembah batu saja, kalau bosan dgn Tuhan, bisa kita buang dan ganti dgn yang baru, yang lebih besar ataupun lebih mini, jadi simple ke mana mana bisa bawa Tuhan.

Rasulullah pernah berpesan pada para sahabat : engkau akan datang pada suatu kaum kafir dan ahli kitab, karena itu, yang pertama" engkau serukan kepada mereka ialah beriman kepada ALLAH AZZA WA JALLA, apabila mereka setuju, maka kenalkan/mak'rifat kan mereka ke pada ALLAH, apabila mereka telah mengenal ALLAH, maka beritahukan mereka bahwa Allah mewajibkan ke pada mereka sholat lima waktu sehari semalam. (terjemahan sahih Muslim BK 1. 28. 1994 )

Jumaat, 27 Mei 2016

Lindungilah Kekayaan dengan Aset Fizikal

Lindungilah Kekayaan dengan Aset Fizikal..

Ikon-Ikon tersohor juga menyimpan kekayaan mereka dengan menukarkannya dalam bentuk Aset Fizikal.

Artikel dari pakar motivasi kewangan, Robert Kiyosaki sendiri menukarkan kekayaan mereka dalam bentuk HARTANAH 40% , 25% dalam bentuk EMAS dan PERAK...

Hanya sekitar 10% kekayaan mereka disimpan dalam bentuk wang kertas!!

Maksudnya sekurang kurangnya 65% hartanya adalah dalam bentuk aset fizikal (aset yg boleh dinampak).

Bila berlaku ketidaktentuan kepada sosio-ekonomi ,sekurang kurangnya aset fizikal ini masih bertahan..

Anda belum simpan Emas lagi?
Ingin bermula?

Pm saya laju laju okeyyy..

KAPTEN SUBHAN
HOTLINE:0132900768

Kenal diri maha diri itulah yg sejati

Kenal diri maha diri itulah yg sejati, maha diriku.

اول الطريقة المعريفة نفسه
Bermula jln itu adlh mengenal diri.

اول الدين معريفة الله
Bermula agama itu mengenal Allah

* sebenar benar beragama itu setelah mengenal, sebelum itu kita hanyalah PENGIKUT agama, yakni mengikut apa yg org buat dan fhm, sdg kita sendiri tdk fhm apa yg kita faham.

Empat kejadian hidup

Tanah-tubuh
Air-tulang
Api-darah
Angin-urat
Pancer-roh

Empat kejadian hidup dgn roh, hidup roh krn Allah, hidup Allah tdk kerana dgn suatu kerana tidak sebab dgn suatu sebab, ia qadim lg azali.

Kejadian tubuh itu dari anasir/unsur/elimen yg dipendamkan didlm DARAH SEGUMPAL.
خلق انسان من علقه
Aku ciptakan manusia dari segumpal darah.

Manakala roh pula dari nasf Arrahmani.
Urusan dari tuhan. Ianya sir/jauhar/lathif

كل روح من امر ربي
Setiap roh drp urusan tuhanku

Manakala Allah :
لم يلد ولم يولد
Tdk beranak dan tdk diperanakkan.

Ada tiga aliran yg mengaliri didlm kehidupan seseorg manusia

Ada tiga aliran yg mengaliri didlm kehidupan seseorg manusia..

1-aliran jasmani-tenaga dari makan dan minum.
2-aliran rohani-tenaga dari aliran zikir dsb
3-aliran diri-tenaga langsung dari yg maha esa.

Badan>rohani>diri@rohullah,memiliki jalan masing² dlm mengaliri kehidupan ini. Maka kita perlu pelajari ttg aliran yg paling dasar dgn merentasi aliran jasmani dan aliran rohani.

Badan>diri>Aku.

Temuilah dia ditempatNya.

Renunglah sedalam dlamnya didlm diri sendiri kerana disitu tersimpanNya suatu rahsia daya dan upaya bg insan.

Temuilah dia ditempatNya.

ALHAYAT >> ILMU >> QUDRAT >> IRODHAT >> SAMA' >> BASAR >> KALAM.

setelah itu barulah kita tahu siapa diri yg berdiri ini.

Kehidupan ini adalah satu perjalanan dlm menuju kpd kehidupan yg hakiki.

Kehidupan ini adalah satu perjalanan dalam menuju kpd kehidupan yg hakiki.

Oleh yg demikian itu janganlah persiakan hidup ini. Carilah bekalan utk perjalanan ini.

1-Iman-keyakinan
2-Islam-perlaksanaan
3-Tauhid-akidah
4-Maarifat-pengenalan.

Sebagai musafir dialam fana ini sewajarnya kita tidak berhenti terlalu lama disatu-satu tempat, agar terus sampai kepada matlamat.

الهي انت مقصود ورضاك مطلوب اعطني محبتك ومعريفتك.

Khamis, 26 Mei 2016

Perjumpaan muzakarah santai sebelum menyambut Ramadan

Assalamualaikum sahabat2 semua...

Sesiapa ada kelapangan pada sabtu malam ahad perjumpaan muzakarah santai sebelum menyambut Ramadan kat umah saya No 33 SG 2/2 Taman Sri Gombak FASA 2.

Saya akan bertolak balik Perlis pada isnin pagi...selama 2 minggu...

Insyaallah Semoga Allah permudahkan...

Jadikan emas sebagai Mas Kahwin

Jadikan emas sebagai Mas Kahwin..

[ M.NASIR GUNA DINAR SEBAGAI MAS KAHWIN ]

Artis popular M. Nasir menggunakan Dinar ketika berkahwin dengan Marlia Musa.

🍭 Tarikh kahwin:-31 Ogos 2000.
🍭 Mas Kahwin :- 13 Dinar( nilai 1dinar masa tu RM153.00
🍭 Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah M.Nasir memilih untuk beri Dinar sbgai mas kahwin kepada pegntin pmpuan.

🍭 petikan dari utusan online arkib 03/09/2000

💥 Mari buat pengiraan sdikit:-

🔹Sept 2000 nilai 1dinar=RM153
🔹Jan 2015 nilai 1dinar= RM714
  👉 Sept 2000, 13dinar×153=rm1989
  👉 Jan 2015, 13dinar×714=rm9282

🌀 Peratus keuntungan 9282/1989×190=467%

🌀 Jika anda simpan duit rm2000 pd tahun 2000, Adakah nilainya akan meningkat?? Fikirkan.😊😊

Khamis, 19 Mei 2016

Kisah ikan mencari air

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.

“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.

Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.

Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”

Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.

"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,

Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,

Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dgn kita tiada,

Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”
( Ibrahim, ayat 34)

Selasa, 17 Mei 2016

Sembang santai di Bank Rakyat Desa Pandan





Hukum Mencukur Janggut Haram

Hukum Mencukur Janggut Haram

Mereka (lelaki) yang sering dengan sengaja mencukur janggut sebenarnya mereka cuba nak jadi muda padahal mereka sendiri tak sedar bahawa mereka MODIFIED wajah mereka menjadi jelita & anggun seperti wanita.

Lelaki yang berjanggut jauh lebih manis dan tampan berbanding lelaki yang bermisai dan berdagu licin selembut salju.Berkata Imam Ibn Hazm al-Andalusi : "Telah sepakat para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan" (al-Muhalla)

Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu." (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani."
(HR Ahmad)

Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhu berkata bahawa Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut. (HR Muslim)

MAZHAB HANAFI

Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)

Allamah Ibn Abidin rahimahullah berkata; “Diharamkan bagi lelaki mencukur janggutnya.” (Radd al-Mukhtar)

MAZHAB MALIKI

Ulama Maliki menyatakan bahawa “Mencukur janggut adalah diharamkan kerana mencukurnya adalah perbuatan keji. Tapi jika ia semakin besar, dan jika memotong tidak dilihat sebagai mencukurnya, maka ia boleh dipotong (trim), tapi ia dikira makruh dan bertentangan dengan apa yang lebih baik.” (Sharh al-Risalah)

Al-‘Adwi rahimahullah berkata; “Diriwayatkan dari Imam Malik rahimahullah bahawa beliau tidak menyukai perbuatan mencukur apa-apa yang di bawah rahang, sehingga ia berkata, ‘Ia adalah perbuatan Majusi.’ Dan diharamkan mencukur helaian-helaian janggut” (ibid)

Ibn ‘Abd al-Barr rahimahullah berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)

MAZHAB SYAFI'I

Imam Syafi’i rahimahullah dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”

Berkata Ibn Rif’ah rahimahullah dalam Hasyiah al-Kaafiyah “Sesungguhnya Imam as-Syafi’i rahimahullah telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut.”

Menurut fatwa Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi rahimahullah bahawa “Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (kerana mencukurnya adalah perbuatan haram).”

MAZHAB HAMBALI

Mazhab Hambali bersetuju tanpa kecuali bahawa diharam mencukur janggut (Al-Insaf, Sharh al-Muntaha).

Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”

As-Saffarini rahimahullah berkata; “Adalah disepakati dalam mazhab kami (Hambali) bahawa diharamkan mencukur janggut.” (Ghitha al-Albab)

Maka jelas IJMAK imam-imam muktabar haramnya cukur janggut. Maka diharapkan TOKOH-TOKOH ilmuan dan penyampai agama islam sila ALERT benda PENTING ni.

Jangan cakap pasal agama sedangkan anda tak buat tuntutan agama Islam. Jangan cakap pasal agama sedangkan dagu anda licin selicin licinnya.

Apa yang DOKTOR pesan bermati matian ikut takut nanti tak sihat.
Apa yang kata-kata nabi s.a.w mereka seolah-olah ambil mudah dan ada yang tak akur dan tak percaya. Apa yang nabi shallallahu 'alaihi wa sallam adalah menurut perintah Pencipta segala makhluk. Pencipta sahaja yang tahu akan kebaikan untuk makhlukNya.

Apa yang nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pesan mereka ambil mudah sahaja.

Isnin, 16 Mei 2016

Hanya Tuhan yg tahu bahwa engkau benar-benar shalat

Seorang guru sufi bertanya kepada murid muridnya: "Jika engkau berada sendirian dalam sebuah ruangan, tak ada orang lain, lalu engkau shalat, siapa sajakah yg mengetahui bahwa engkau shalat?"

Seorang Murid menjawab: "Hanya Tuhan dan aku yg tahu".
Murid yang lain menjawab: "Hanya Tuhan, Malaikat, dan aku yg tahu"

Sang guru menjawab: "Semuanya salah. Jawabannya Hanya Tuhan yg tahu bahwa engkau benar-benar shalat. Hilangkanlah sifat keaku-akuan didalam dirimu dan sifat merasa diri dalam pengabdianmu kepada-Nya. Dua sifat itu yg akan membuatmu merasa puas atau bangga terhadap ibadah yg kau lakukan, padahal hakikat pengabdian itu tidak begitu"

Kemudian beliau melanjutkan: "Ketika engkau melaksanakan shalat, engkau harus menganggap bahwa engkau belum shalat. Itu akan membuatmu terus mengabdi kepada-Nya tanpa henti. Siapakah yg tahu bahwa hatimu benar-benar shalat? engkau atau Dia?"

Jadi Tujuan Sholat ialah mengabdi padaNya.

Arrya Sufi :
"ketika engkau menyucikan Tuhan dengan puji-pujianmu dalam ibadah, dan ketika engkau memuji Tuhan dengan kalimat-kalimat suci, sebenarnya Tuhan tidaklah menjadi suci, karena Dia Yang Maha Suci, engkaulah yang menjadi suci"

Wallahu a'lam

Pak habeb

Ahad, 15 Mei 2016

Konsep sebenarnya menyimpan emas

Harga emas meningkat naik

FARDHU HAJI

FARDHU HAJI.

Rukun haji melalui Ilmullah yang ghaib dan nyata

1. Adapun maksudnya pakaian ikhram 2 helai kain yang tidak berjahit ialah sehelai kain ertinya kulit wanita dan sehelai lagi kulit lelaki.  Kulit inilah pakaian ikhram yang sebenarnya dan ikhram ini bila lelaki dan wanita didalam keadaan asalnya.

2. Berada di padang Arafah ialah ketika ini semuanya adalah sama taraf iaitu diri dalam keadaan asal tanpa seurat benang dan berkasih-kasihan antara satu sama lain...

3.  Melakukan tawaf 7 kali mengelilingi ka'abah, adalah mencari-cari pintu berahi agar diri zahir dapat menemui rahsia dirinya.

4.  Bila sudah bertemu "Rahsia" dirinya maka diri zahir akan menyatu kembali kepada haqnya. Dan bermulalah SAI berlari-lari anak dari bukit Marwah ( faraj ), kebukit Shafaa (buah dada wanita) berulang alik sebanyak 7 kali untuk memberi air yang suci didalam Bukit Marwah yang memerlukannya untuk mengeluarkan Zuriat.

5. Ketika inilah datangnya Zat memberi rasa lazatnya orang-orang yang khusyuk dan tawadzuk sehingga memancar percikan zat membasahi Bukit Marwah dan bagaimana rasa lazatnya semasa air terpancar begitulah rasanya diri manusia bila ZAT itu meliputi diri

6.  Menggunting rambut kepala ertinya Syiar Allah.

Teruskan melaksanakan perintah Allah didalam firmanNya

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Sehinggalah bercerai nyawa dari badan iaitu mati - kiamat kepada badan diri sendiri.

ZAKAT FITRAH

ZAKAT FITRAH

61.Surah Aş-Şaf (Verse 11)
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Harta yang dimaksudkan didalam ayat diatas bukanlah emas, perak dan wang tetapi JASAD manusia itulah harta Allah Yang Zahir.

Jasad ini disuruh mengenal. Perjalanan untuk mengenal ini dinamakan berjihad. Yang hendak dikenal atau dijihadkan ialah jiwa atau nyawa.

Nyatalah zakat itu ialah mengeluarkan diri manusia dari KEFASIKAN mensyirikkan Allah dengan mengenalkan nyawa kerana nyawa itulah yang sebenarnya yatim yang tiada ayah dan ibu yang jadi dengan adanya zat.

Nyawa inilah yang Allah pertanggung jawab supaya mengekalkan hartanya iaitu JASAD ( bila akhir hayat kelak )

Manakala tanggung jawab JASAD pula ialah untuk menyerahkan segala urusan kepada haqnya iaitu nyawa.  Adapun nyawa itu bersifat SIDIQ, AMANAH, TABLIQ dan FATONAH. Inilah sifat haq Nyawa dan adapun sifat yang lain itu dinamai HAWA NAFSU.

HAWA NAFSU adalah kembarnya Nyawa.  Kalau jasad hidup dengan hawa nafsu maka ianya tersalah jalan dan mintalah NYAWA itu membantu menunjukkan jalan nya agar ZAKAT FITRAH manusia diterima Allah.

HASIL DARI MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH MULA DARI BANGUN TIDUR SAMPAI KEPADA TIDUR SEMULA

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

PERLAKUAN TUMPUKAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA SETIAP KESEDARAN YANG DISEDARI DAN DIDALAM MASA YANG SAMA AKAN TERUS BERLAKU DENGAN SENDIRI..

APABILA BANGUN SAJA DARI TIDUR TERUS AKAN BERLAKU DENGAN SENDIRI, TIDAK LUPA LAGI...

PUASA 1 BULAN RAMADHAN

PUASA 1 BULAN RAMADHAN

Puasa yang sebenarnya ialah mengesakan zat Allah yang meliputi, diri manusia. Apabila manusia dapat SE pada zat Allah maka akan zahir lah Afaal Allah.

Salah satu dari Afaal Allah ialah tidak makan dan minum, Nyatanya manusia yang sebenar-benar puasa itu adalah manusia yang kodim hakiki yang tuhan jadikan untuk menzahirkan Afaal Allah.

Inilah pengertian puasa yang haq yang menyatakan haq Allah dan melenyapkan haq manusia.  Dalam 12 bulan Allah minta manusia yang bertakwa dan beriman supaya MENZAHIRKAN AFA'ALNYA selama satu bulan diwaktu siang hari.

Untuk menzahirkan Afa'alnya maka Allah suruh tauhidkan dirinya.  Bila manusia dapat MENGESAKAN atau MENTAUHIDKAN diri ZAT maka terasalah kenyang, hati pun senang.

Nyatalah makanan itu sebagai alat atau barang yang melindungi zat dalam diri kerana manusia boleh hidup tanpa makan minum asalkan ianya SE pada ZAT dan Sifat Allah.

Peristiwa diturunkan Al-Qur’an juga terjadi pada malam ramadhan. (Al-Quran diturunkan kepada orang yang telah berpuasa) Allah Azza wa Jalla menurunkannya untuk menerangi kegelapan hati! Menelusuri arti Al-Qur’an dalam kehidupan umat manusia memerlukan petunjuk Allah Yang Maha Mengetahui. Untuk itulah, pada malam Al-Qadar diturunkan (pertama kali) Al-Qur’an, dan (secara berulang diturunkan setiap tahun) oleh Allah Azza wa Jalla, sebagai Hudan (Petunjuk) bagi manusia!

شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة
ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Q.S. Al-Baqarah : 185).

Pengetahuan kita mengenai Al-Qur’an diturunkan pada malam Al-Qadar (kemuliaan) sudah ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Qadr berikut:

إنا أنزلناه في ليلة القدر
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan” (Q.S. Al-Qadr : 1).

Sebagai petunjuk untuk menerangi kegelapan, Al-Qur’an sangat diperlukan oleh umat manusia! Pada saat diturunkan untuk pertama kali kepada Rasulullah saw yang mulia, Al-Qur’an diturunkan melalui Jibril a.s. ke dalam hati beliau. Sebelum diturunkan, hati Nabi Saw pun belum mengetahui apa dan bagaimana beliau seharusnya,

قل من كان عدوا لجبريل فإنه نزله على قلبك بإذن الله مصدقا لما بين يديه وهدى وبشرى للمؤمنين

“Katakanlah: Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Qur'an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman” (Q.S. Al-Baqarah : 97).

يؤتي الحكمة من يشاء ومن يؤت الحكمة فقد أوتي خيرا كثيرا وما يذكر إلا أولوا الألباب

“Allah menganugrahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugrahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)” (Q.S. Al-Baqarah : 269).

Proses pengajaran pengetahuan Al-Qur’an ke dalam hati disebut sebagai karunia Allah yang diturunkan (ilham)! Indikasi yang menyebutkan adanya karunia yang diturunkan (ilham) adalah berbuat tidak atas dasar keinginan sendiri, melainkan berdasarkan kehendak-Nya! Jika akan berbuat sesuatu (ambil barang orang, misalnya), tiba-tiba tangan tidak dapat digerakkan oleh kendali akal, selain di dalam hatinya ada suara menjelaskan begini dan begitu!

Cahaya Al-Qur’an Pada Malam Al-Qadar

Keyakinan akan datangnya malam Al-Qadar yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an relatif tidak sama di antara para ulama mazhab! Kebanyakan kaum mukmin yang berharap turunnya keberkahan pada malam Al-Qadar, mereka sangat mengharapkan Allah menurunkannya ke dalam jiwanya kemuliaan, keberkahan dan kualiti keimanannya!

Bagi Allah, petunjuk yang menerangi kegelapan yang dipancarkan ke dalam jiwa kaum mukmin, bukanlah perkara yang sulit! Apa pun yang telah ditetapkan di dalam kehendak-Nya, maka tak akan ada yang dapat menghalangi-Nya!

Allah Azza wa Jalla telah menetapkan bahwa Al-Qadar adalah kemuliaan bagi diri-Nya untuk menurunkan Al-Qur’an yang penuh keberkahan dan cahaya-Nya. Maka, bagi kaum mukmin yang sangat mengharapkan dengan penuh keikhlasan dan keyakinan yang sangat kuat, tidak ada kata musykil akan dikaruniakan Al-Hikmah (kebijaksanaan Allah)!

TERUSKAN DENGAN MELAKSSNAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

DARI MULA BANGUN TIDUR SEHINGGA KE TIDUR SEMULA (SOLAT WUSTA - DITENGAH-TENGAH)...

Lakukanlah dari mula bangun tidur sehinggalah kepada tidur semula.

Diteruskan praktikal ini sehinggalah dibukakan hidayah dan petunjuk oleh Allah untuk memahami Al-Quran kedalam hati yang telah pun sentiasa bersih dari sebarang syirik...

Turunnya kefahaman Al-Quran kedalam hati inilah sebenarnya hakikat Ramadzan iaitu malam kemuliaan... Iaitu lailatul kadar.

SOLAT 5 WAKTU 17 ROKA'AT 24 JAM, 1 HARI 1 MALAM

SOLAT 5 WAKTU 17 ROKA'AT 24 JAM, 1 HARI 1 MALAM

الحمد
Solat
ا = niat
ل = Berdiri Betul
ح = roko'
م = sujud
د = Duduk antara 2 sujud

الحمد
Solat
ا = Subuh = roh dan jasad 2 rokaat
ل = Zohor 4 rokaat dua dada dan dua belakang
ح = Asar 4 rokaat 2 lengan dan dua tangan
م = Makrib 3 rokaat, 2 pangkal paha, dan kemaluan
د = Isyak 4 rokaat, 2 betis dan dua kaki...

Anggota 17 itu 17 rokaat
Sendi 13 itu 13 rukun solat = 1 leher, 2 sendi bahu, 2 sendi siku, 2 Sendi tangan, 2 sendi paha, 2 sendi lutut dan 2 sendi kaki.

Firman Allah

2.Surah Al-Baqarah (Verse 238)
حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat di tengah), dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 239)
فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًاۖ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan  atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

TETAP MENGERJAKAN SOLAT
(solat daim)

Surah Taha ayat 130

فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ

Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang,

Surah Al-Isro' ayat 78

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan.

Surah Al-Haj ayat 77

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ۩

Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.

Surah Sn -Nur ayat 42

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solatnya dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Surah Al-Ankabut ayat 45

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

4.Surah An-Nisā' (Verse 103)
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 21)
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak.

TERUSKAN DENGAN MELAKSSNAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

DARI MULA BANGUN TIDUR SEHINGGA KE TIDUR SEMULA (SOLAT WUSTA - DITENGAH)

AKAN TERCAPAI KEPADA KITA YANG BUKAN KITA LAGI

AKAN MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI ALLAH DIMANA SEDANG TENGGELAM DIDALAM KEADAAN ALLAH YANG SEDANG MENGENAL ALLAH...

Dua kalimah syahadah adalah IBU kepada RUKUN ISLAM

ALLAH MENGUCAP SEJAHTERA KEPADA MEREKA YANG SUDAH MELAKSANAKAN LAA ILAHA ILLALLAH...  MUHAMMADAR RASULULLAH (ISLAM - اسلام )

Innallazi na'indallah hil islam = sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah islam..

اسلام
الله سلم لااله الا الله محمدرسول الله

Pengertian Islam ini adalah SENI lagi meluas yang bererti "Allah mengucap sejahtera kepada mereka yang mengerti
لااله الا الله محمد رسول الله

Adapun dua kalimah syahadah ini adalah INDUK segala alat dan IBU kepada RUKUN ISLAM yang lima.

لا = Tiada
اله= Nyata
الا = Hanya
الله = Allah
محمد = Muhammad
روسول = Menyatakan
الله = الله

Inilah ertinya yang sebenar kalimah tauhid dan kalimah rasul. Bila lafaz لا itu kalimah Nafi, اله itu kalimah menafi, الا itu kalimah isbat, الله itu kalimah mengisbat.

INI DAPAT DILAKUKAN DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM PERINTAHNYA...

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Serta Hadis Nabi SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. Pejamkan mata mu, Tongkat kan lidah mu ke langit2, sebutlah nama Allah sebanyak2 nya dalam qalbi.

Telah meletakkan seseorang sedang berada didalam keadaan sedang menunaikan "AKU BERSAKSI TIADA YANG LAIN YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH, HANYA SANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGINYA"

Iaitu

ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH

SESIAPA YANG TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMANNYA

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

BERMAKNA

TELAH DAN SEDANG BERADA SEPERTI DIDALAM SABDA NABI MUHAMMAD SAW

Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU...Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,,Dan barangsiapa yang masuk bentengKu..niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...(H R . Syirazi)

RAHSIA YANG TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

IALAH

1.  Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat yang wajib bagi Allah bermakna sedang berlaku penyaksian seperti yang telah kita katakan didalam kalimah Tauhid iaitu ASHADU - AKU BERSAKSI ATAU AKU SEDANG MENYAKSI KEPADA SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH

2. Didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya, akan berlaku dengan cara tersendiri pengakuan bahawa sifat yang sedang disaksikan iaitu sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah... Dengan tidak perlu kita mengaku-ngaku

PENGAKUAN INI BERLAKU SECARA TERSENDIRI ATAU DENGAN KATA LAIN SECARA AUTOMATIK..

Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah diteruruskan dengan istiqomah melakukan rasa apa yang sedang dirasa dengan sebulat tumpuan, rasa pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang berlaku, pada masa sedang merasakan kedua-dua keadaan ini, sebutlah Allah sebanyak-banyaknya.

Dengan melakukan sedemikian akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasa ada Allah "ALLAH SEDANG MENGENAL ALLAH"

Seperti sabda Nabi saw "'AROFTU ROBBI BI ROBBI" - "AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHANKU"...

Hadis kudsi ada menerangkan bahawa "INSAN ITU RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"

4 kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepada Nabi Adam a.s

Disebutkan bahawa Nabi Adam AS telah berkata, "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku :

Pertama : Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima disebarang tempat oleh Allah SWT.

Kedua : Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.

Ketiga : Ketika aku telah berderhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.

Keempat : Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT.

Sabtu, 14 Mei 2016

BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI

PERINTAH ALLAH JANGAN SEMBAH SYAITAN .....

36.Surah Yā-Sīn (Verse 60)
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

36.Surah Yā-Sīn (Verse 61)
وَأَنِ اعْبُدُونِيۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

36.Surah Yā-Sīn (Verse 62)
وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًاۖ أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di
antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

KEPADA SIAPA SYAITAN SELALU TURUN

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 221)
هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 222)
تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 223)
يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 224)
وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 225)
أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 226)
وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 227)
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانتَصَرُوا مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُواۗ وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

JANGAN KATAKAN APA YANG TIDAK DILAKUKAN KERANA ALLAH TELAHPUN MEMBERIKAN PERINGATANNYA

61.Surah Aş-Şaf (Verse 1)
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

IBLIS TIDAK BOLEH MENYESATKAN ORANG YANG BERSIH DARI SYIRIK

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 16)
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

BAGAIMANA HENDAK BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK...

2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu bunuhlah diri kamu.

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Allah telah memberikan jaminan kepada sesiapa yang telah melaksanakan perintah yang tersebut

4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu",

nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka.

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan.

4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا

Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.